ღ My LuvLy Followers ღ

Sunday, September 7, 2008

..::..Pergi Nye Seorang Teman..::..

KORBAN 1 RAMADHAN

Amirul Farhan (kiri) dan Muhammad Nazmi

SHAH ALAM: Dua remaja yang tidak menggunakan laluan motosikal maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di laluan kecemasan, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari di Lebuh raya Persekutuan sebelum Plaza Tol Batu Tiga menghala ke ibu negara itu, kedua-duanya mati di tempat kejadian dan kemalangan itu menyebabkan kesesakan di laluan berkenaan sejauh kira-kira dua kilometer. Mangsa, Amirul Farhan Aminuddin, 19, dan Muhammad Nazmi Roslen, 20, kedua-duanya dari Taman Sri Muda di sini, meninggal dunia akibat cedera parah di seluruh badan.
Difahamkan, motosikal yang dinaiki dua remaja itu ditunggang laju dan gagal membrek lalu merempuh bucu kanan bahagian belakang lori itu. Lori barang yang dipandu pekerja warga Pakistan itu dipercayai berhenti di laluan kecemasan kerana mengalami kerosakan. Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa melambung dan jatuh terlentang di atas jalan sebelum meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.
___________________________________________________________________
Perginye Amirul @ A'an membuat kan rmai y t'kjut..Ak pn x sngke..bru smlm dpt tau cz ak x tngk berita..Nie pn dpt tau dr SM mcd 22..
Ape pun smoga roh nye d jujuri rahmat..N smga fmly die trus tabah menghadapi ujian Illahi..
...Al-Fatihah...



Kalau suka boleh LIKE =)

2 comments:

HazlisaNoor said...

saper ni lyn...kawan awak ker

mlyn said...

aah kak ieja..
mmber mse kjer mcd..