ღ My LuvLy Followers ღ

Monday, April 27, 2009

..::..Pulut Kuning Terpanjang..::..



Sempena Sambutan Ulangtahun ke 40 Sistem Politeknik Malaysia..Politeknik Perlis telah mengambil kesempatan dengan sebaik mungkin mencipta rekod Malaysia..Pulut Kuning Terpanjang..sepanjang 4-- M?? x sure plak..hehehhee..

Di rasmikan oleh YBM Dato Seri Diraja Syed Razlan Ibni Al Marhum Tuanku Syed Jamalulai..

paper pn memang wangi gler bau nyer y mengharum..kepada y gler akan pulut kuning..sure teruja..hehehee..

paper pun syabas PTSS dan bdak2 HOT CAT y tlah menjayakan nyer..












Kalau suka boleh LIKE =)

Saturday, April 25, 2009

..::..Malam Pra Graduan 2009..::..



[persembahan SIT 4A]

Dalam sdar n tidak..x sngke da dkat 2 taun ak kat cnie..sbnar nyer x der arh 2 taun sngt..coz tolak ak g prtkal kat SUK.. 6 bulan..hehehe..bnyak y ak lalui n plajari..tp x smer nyer boleh diguna pkai..ader jgak y perlu di tapis..hehehehee..wlau cm ner pn..PTSS tetap kn m'jadi memory..hope lau dpt smbng dip..bkn smbng kat cnie..nk smbng tmpt laen plak..cri pnglaman bru..t'lalu bnyak memory kat PTSS y x snggup ak nk lalui tanpa teman2 dcc..t'utama roomate y sntse b'same..hehee..tp sem nie x best sngt..coz die de pkwe kat cnie..so,,asyk g dating jerk..

So..Tanggal 25 April 2009 telah berlangsung nyer
..MALAM PRA GRADUAN..

Terharu rse nyer bler diberi penghormatan & penghargaan sebagai pelajar semester akhir..Malam Pra Graduan..akan kekal menjadi satu memory yang indah walaupun sambutan nyer agak sederhana..tetapi amat bermakna bagi kami yang diraikan..Thankz 2 all yang terlibat menjayakan Malam Pra Graduan nie..

..Semoga Kenangan Ini Akan Kekal Menjadi Sebuah Memory Yang Indah Di PTSS..
.E.N.J.O.Y.!!!



[hidangan yang menjadi habuan]



[its me..what do u thing??]



[me and my luvly roomate <3]>



[me and fira..kasut kami hampir same?!!]



[me and fara]







Kalau suka boleh LIKE =)

Monday, April 20, 2009

..::..C.H.E.N.T.A..::..


Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila akhirnya kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana bersyukur dengan nikmat dan hikmat di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak akan nampak pintu yang lain yang telah terbuka untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan kita boleh duduk bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah kita kehilangannya dan juga bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang kepada kita. Memberi seseorang seluruh cinta itu bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai kite kembali, tapi sekiranya ia tidak pastikanlah ia terus mekar didalam hati kita.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukainya, tetapi seumur hidup untuk melupakannya.
Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman mencerahkan hati yang suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dalam dalam mimpi dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan, pergilah ke mana yang kita ingin tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang kita ingin lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insane, dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.Selalu bayangkan anda di dalam kasut seseorang jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah mungkin ia akan menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang juga tidak semestinya dalam mamiliki segala yang terbaik. Mereka hanya mambuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletek pada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yag telah mencari dan mereka yang mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidupa mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan anda supaya apabila anda mati, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula akan menangis.



Kalau suka boleh LIKE =)