sahabat ..
matahari memancar kamar diterangi diriku kaku menatap pena kertas terbentang mengharapkan sedikit coretan namun buntu fikiran tidak mampu mencurahkan
sahabat ...
dirimu amat ku hormati, kusayangi, kusanjungi kasihku padamu ikhlas kerana Ilahi jatuh tertuduk dirimu ingin ku bantu berdiri semula namun kenyataan hanya doa yang dikirimkan..
sahabat ...
dunia mengasyikkan, mengaburi mata sayu hati mengigatkan diri itulah hadya agar rahmat Ar-Rahman tetap mengunjungi qalbu khuatir ia adalah berterusan di basahi oleh peringatan Allah andainya kerap terabai..
sahabat ....
jika benar katamu diri telah lemas maka carilah pelampung makrifat agar timbul keinsafan yang abadi insaf akan kelemahan diri tanpa kurnia yang hakiki..
sahabat ...
biar dirimu dihina, dicaci, dibenci namun kasih yang tersemai tetap abadi apa jua ketentuan Ilahi maka rendah diri berkekalan permintaan ku agar dirimu sentiasa dihampiri..
sahabat ...
bangunlah, lontarkan dirimu dalam Redha Kasihnya letakkan gunung keinsafan lahirkan zuriat keimanan alirkan lautan kasih biar badai menghalang, ombak menjulang kapal keimanan gagah menetang..
[time Motivasi Sure Boleh 06]
Kalau suka boleh LIKE =)
No comments:
Post a Comment